Monday, August 20, 2012
Sunday, May 13, 2012
Keberkesanan Penggunaan Kalkulator Dalam Pengajaran Matematik Di Sekolah Rendah
Keberkesanan Penggunaan Kalkulator Dalam Pengajaran Matematik Di Sekolah Rendahhttp://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=50423
Thursday, April 5, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
PM: Kaedah baru ganjaran bagi kakitangan awam
Kerajaan akan memperkenalkan sistem ganjaran yang lebih berkesan yang dapat memotivasikan penjawat awam bagi memperkasa budaya prestasi tinggi di dalam sektor awam.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata ini kerana cabaran yang dihadapi oleh negara adalah besar dan walaupun berjaya, negara berada dalam situasi yang disifatkan sebagai terperangkap dalam tahap pendapatan sederhana."Maknanya jika kita tidak buat sesuatu kita akan terperangkap di dalam tahap pendapatan sederhana ini."Maknanya kita tak miskin tetapi kita tak kaya dan inilah cabaran yang paling besar bagi negara bagaimana kita nak wujudkan satu motivasi supaya kita tidak terlekat pada tahap sekarang tetapi benar-benar menjadi negara yang berjaya mengikut takrif kita," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya hari ini.Sehubungan itu, katanya, beliau bersama timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan sedang memikirkan dari segi kaedahnya untuk memperkenalkan sistem ganjaran tersebut yang benar-benar berkesan yang dapat memotivasikan penjawat awam."Mungkin hari kualiti kita tukar kepada hari inovasi. Kita nak cuba gubal satu sistem ganjaran yang lebih bermakna lagi, bukan seperti sistem sebelum ini, menegak melintang, ia tidak berkesan kerana kita dah berpakat."Tahun ini giliran saya, tahun depan, hangpa punya peluang. Jadi, kalau macam tu, ia tidak jadi. Dan jangan kata ia tidak berlaku. Ia berlaku. Sebab saya tahu, ia berlaku," katanya.Najib berkata penggubalan sistem ganjaran itu juga bagi menunjukkan bahawa kerajaan tidak bertolak ansur kepada penyalahgunaan kuasa, mediokriti, tetapi memberi ganjaran kepada prestasi tinggi."Kita kena bergi ganjaran jabatan yang kutip cukai meningkat, kita mungkin beri ganjaran jabatan yang berjaya dalam pendakwaan, kita boleh beri ganjaran mungkin jabatan yang buat kajian dan penyelidikan (R&D) yang menghasilkan sesuatu yang luar biasa," katanya.Sehubungan itu, beliau mahu perkara seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara tidak akan berulang lagi kerana ia boleh memberi kesan kepada kerajaan."Ini kerana setiap kali ada laporan, rakyat dah jadi sinikal, rakyat kata laporan ini, tidak ada tindakan."Semuanya cerita lama, maknanya prestasi kita tidak akan bertambah baik dan rakyat akan mencemuh kita, dan tentu akan memberi kesan kepada kerajaan," katanya.Najib juga berkata ketua-ketua jabatan tidak boleh bertolak ansur kepada prestasi yang bersifat tidak berapa baik jika pekerja bawahan melakukan kerja yang tidak mencapai tahap mutu dan kualiti yang dikehendaki."Bukan kita marah dia, atau mencampak fail tetapi jemput dia ke bilik kita dan terangkan kepada dia kerja saudara/saudari tidak sampai kepada tahap kualiti yang saya kehendaki sebagai ketua jabatan. Hanya perkataan seperti itu, ia sudah memadai."Tak payah tumbuk meja, tak payah nak bertempik. Sebagai ketua jabatan anda hanya sebut beberapa perkataan, saya jamin, pegawai anda, pada satu masa nanti, akan menghasilkan kerja yang bermutu," katanya. BERNAMA
Pemansuhan PPSMI muktamad, pastikan MBMMBI berjaya
TAN Sri Muhyiddin Yassin kelmarin menegaskan bahawa keputusan pemansuhan PPSMI adalah muktamad. Kenyataan itu sekali gus menolak desas-desus bahawa kerajaan masih belum 'tetap hati' berhubung keputusan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris tersebut.
Malah Muhyiddin turut menegaskan bahawa pemansuhan PPSMI itu mungkin akan dipercepatkan.
Tarikh yang ditetapkan sebelum ini ialah pada 2012. Namun jika tiada aral, ia mungkin akan dipercepatkan kepada 2011.
Bagaimanapun seperti kata Menteri Pelajaran itu, segala-galanya bergantung kepada kesediaan semua pihak dalam semua aspek sebelum PPSMI dimansuh dan digantikan dengan dasar baru - Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Ia memberi gambaran bahawa kerajaan tidak mahu sekali lagi terjerumus ke dalam ketidakpastian apabila sesuatu dasar diperkenalkan. Kerajaan tidak mahu 'kegagalan' dasar PPSM berulang.
Pelaksanaan dasar baru itu diharap berjaya dan memberi manfaat kepada semua. Paling penting MBMMBI mampu merealisasikan cita-cita kerajaan dalam meningkatkan mutu pendidikan negara.
Bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya, sesuatu dasar itu memerlukan perancangan, penelitian dan persediaan rapi.
Ia tidak boleh dilakukan secara sambil lewa atau tangkap muat semata-mata. Pelaksanaan MBMMBI perlu mengambil kira pelbagai perkara.
Jumlah guru yang mencukupi selain kesediaan kurikulum dan buku teks untuk mata pelajaran sains, matematik dan bahasa Inggeris merupakan kemestian utama.
Seperti kata Muhyiddin, pelaksanaan dasar baru MBMMBI itu bakal menyaksikan penyediaan 13,000 guru termasuk sekurang-kurangnya 1,000 guru baru bahasa Inggeris.
Jumlah tersebut bukannya sedikit dan ia tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa.
Kerajaan perlu mengambil pengajaran daripada pelaksanaan PPSMI. Tempoh yang singkat antara perancangan dan pelaksanaan - hanya enam bulan - menyebabkan banyak kecacatan timbul selepas itu.
Banyak kelemahan di sana dan di sini. Walaupun tujuannya sangat baik namun kurang persediaan menyebabkan PPSMI menjadi 'kurang menarik'.
Dan jika semua perkara dapat disediakan sebelum akhir tahun depan, tidak mustahil untuk MBMMBI dilaksanakan pada Januari 2011.
Ia awal setahun daripada tarikh awal rancangan pemansuhan PPSMI tersebut.
Namun sekiranya persediaan itu gagal disempurnakan pada akhir 2010, maka kerajaan akan melaksanakan dasar MBMMBI tersebut seperti perancangan awal iaitu pada 2012.
Bagaimanapun bagi murid tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat pemansuhan PPSMI kekal pada 2012. Keputusan itu juga dibuat selepas kerajaan mengambil kira semua perkara.
Apa yang pasti pemansuhan PPSMI adalah muktamad. Ia tidak perlu diragui lagi. Ia tidak perlu diperdebatkan lagi.
Kita harap selepas ini tidak ada mana-mana pihak yang cuba menjadikan isu ini sebagai modal politik untuk menjadi juara di mata rakyat.
sumber: rencana Utusan Malaysia